Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

Antara Punca Peningkatan Jangkitan HIV Dalam Kalangan Pelajar

muhamad adib ir... | PKPIM Pusat

June 08, 2025

Pada 26 April 2025 yang lalu, kita dikejutkan dengan kenyataan yang diungkapkan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya bahawa 44 peratus (44%) golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV merupakan dalam kalangan mereka yang berusia 20 hingga 29 tahun dengan kebayakkannya akibat kegiatan seksual. Golongan terbesar dari peratusan tersebut merupakan remaja lepasan sekolah dan universiti. Golongan ini merupakan golongan yang paling berharga buat negara kerana mereka merupakan masa hadapan negara, namun mereka telahpun dilekakan dengan perkara-perkara yang negatif. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu normalisasi seks bebas oleh pengaruh media sosial, dating apps, tingkah laku seksual yang berisiko dan salah faham tentang risiko terhadap jangkitan HIV.

 

Pertamanya, golongan remaja dan pelajar ini mudah terdedah dengan gejala sosial bebas yang ditunjukkan oleh kebudayaan barat melalui pelbagai media sosial yang utama seperti TikTok, Instagram, X dan lain-lain. Menurut sebuah kajian oleh sebuah universiti tempatan, sosial media telah menjadi platform yang berpengaruh untuk menyampaikan mesej yang bertentangan dengan prinsip-prinsip agama seperti LGBT, hubungan bebas dan seks bebas. Mesej-mesej yang disampaikan mempengaruhi golongan yang terdedah ini supaya mereka sedar yang mereka tidaklah keseorangan malah ramai yang memilih untuk hidup secara hedonistik ini dan mereka perlu bangun untuk mempertahankan yang kononnya ia adalah sebahagian daripada human rights freedom. Tambahan pula dengan kewujudan Artificial Intellegence, ia telah membantu sosial media untuk menghasilkan “tailored content” yang berdasarkan minat, tingkah laku, dan carian penggunanya. Oleh itu, golongan remaja dan pelajar yang sering melihat media yang berkait dengan hubungan bebas, seks bebas, LGBT dan gaya hidup hedonistik akan secara tidak sedar menganggap ia sebagai “biasa” dan “diterima masyarakat”. Perkara ini merupakan antara kaedah bagaimana “normalisasi” perkara haram itu berlaku. Seterusnya, mereka ini akan terperangkap dalam “The Bubble Effect”. Ia berlaku apabila algorithm hanya menunjukkan kandungan yang sama berulang-ulang, lalu mereka pun terperangkap dalam gelembung pemikiran itu. Hal ini menyebabkan nafsu mereka untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti hubungan bebas ini tinggi.

 

Seterusnya, pengunaan aplikasi janji temu ataupun dating apps yang tinggi dalam kalangan remaja dan pelajar universiti. Aplikasi-aplikasi ini merupakan pintu kepada hubungan bebas kerana ia memudahkan pertemuan antara mereka yang inginkan hubungan tersebut. Menurut kajian yang dilakukan kepada pelajar-pelajar kolej di Hong Kong, didapati bahawa pengunaan aplikasi janji temu dan kelakuan hubungan seks bebas yang terdedah kepada jangkitan HIV mempunyai hubugan yang kukuh. Hal ini kerana sifat aplikasi itu sendiri iaitu dengan kemudahan, aksesibiliti dan mobilitinya memudahkan pertemuan seksual. Selain itu, individu yang aktif berseksual dan berniat untuk mencari pertemuan seksual akan mengunakan aplikasi ini untuk tujuan tersebut. Ini telah membawa para pengguna kepada tingkah laku seksual yang berisiko. Penguna-penguna aplikasi ini akan berjumpa dengan pasangan yang tidak dikenali, mempunyai pasangan seksual yang silih berganti, dan mengamalkan hubungan seks yang tidak selamat. Oleh yang demikian, jangkitan HIV sangatlah tinggi terhadap pengguna aplikasi janji temu.

 

Selain itu, golongan yang terdedah ini juga mempunyai persepsi yang salah terhadap risiko jangkitan HIV. Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh universiti tempatan, salah faham tentang risiko jangkitan HIV merupakan faktor baharu amalan seks secara berterusan dalam kalangan pelaku walaupun mereka tahu mengenai risiko HIV. Antara salah faham akan risiko HIV adalah yang pertama mereka percaya bahawa HIV hanya menyerang golongan tertentu seperti pekerja seks, penagih dadah atau komuniti tertentu. Kedua, mereka menganggap hubungan seks pertama kali atau yang jarang berlaku tidak akan kena jangkitan. Ketiga, mereka tidak tahu mengenai tanda-tanda jangkitan HIV. Penghidap jangkitan HIV boleh tidak menunjukkan sebarang gejala bertahun-tahun, walaupun kelihatan sihat seperti biasa tetapi tetap berjangkit. Keempat, menilai pasangan hanya pada rupa paras. Kelihatan sihat, tampan dan cantik tidak membenarkan bahawa mereka tidak terkena jangkitan HIV. Yang terakhir adalah mereka tidak tahu tentang pencegahan moden.

 

Kesimpulanya, kita seharusnya merenung akan sebuah hadis Nabi sallaLlahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda “Tidaklah muncul perbuatan keji di kalangan suatu kaum sehingga mereka terang-terangan melakukannya, melainkan akan tersebar di kalangan mereka penyakit-penyakit yang tidak pernah wujud pada generasi sebelum mereka.” Tugas untuk mencegah penularan penyakit ini perlu digalas oleh setiap lapisan masyarakat. Sama ada ibu bapa, guru, pensyarah, pemimpin pelajar, kerajaan dan rakan sebaya. Kita harus membina persekitaran yang positif dan jauh dari gejala negatif yang merosakkan. Namun kita harus menjadi pendidik bukan mengencam, pembimbing bukan penghukum.

 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 32: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”. Ayat ini bukan sahaja melarang zina, tetapi mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang jalan yang mendekatinya. Ini termasuk normalisasi budaya bebas yang kita lihat hari ini. Marilah kita bersama-sama, sebagai pelajar Muslim yang prihatin, mengangkat semula maruah generasi kita melalui pendidikan, kesedaran, dan dakwah yang hikmah.

 

Semoga Allah memelihara kita semua dan memberi kekuatan untuk memperbaiki keadaan ini. 

Hidup Biar Bejasa!

 

Rujukan

1. Al-Quran

2. Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 4019

3. Choi, E. P., Wong, J. Y., Lo, H. H., Wong, W., Chio, J. H., & Fong, D. Y. (2016). The impacts of using smartphone dating applications on sexual risk behaviours in college students in Hong Kong.

4. Tarmizi, A., Rahman, A., & Sufianto, N. a. M. (2022). Social media and moral decline of Muslim youth in Sabah. International Journal of Advanced Research in Islamic and Humanities.

5. Nazmi, N., Ezarina, Z., & Norulhuda, S. (2023). Pengetahuan HIV/AIDS dan Faktor Keterlibatan Dalam Hubungan Romantik Serta Ketertarikan Seks Sesama Jantina : Kajian Kes Dalam Kalangan Mahasiswa Gay. Journal20(1). 

Bacaan Lanjut !

Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENGGESA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TELITI KRISIS AIR DEMI KEBAJIKAN MAHASISWA DI KAMPUS

PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

"Kita selisih bukan kerana diri sendiri, tetapi tentang kebaikan untuk dakwah ini".

Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.

Image Description
MUHAMMAD KHALIL BIN... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM BIMBANG TREND PENINGKATAN KES HIV DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM MENYERU MAHASISWA BERWASPADA DENGAN IDEOLOGI EKSTREMISME AGAMA

Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada semua!

Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA INSIDEN TRAGIS MAHASISWI UPSI: WANITA PERTINGKATKAN KESELAMATAN DIRI

PKPIM merujuk kepada insiden tragis yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan mahasiswi UPSI sebagai peringatan bahawa keselamatan wanita masih terancam di mana-mana.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat