November 30, 2024
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan cadangan pengembalian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kami mengakui keresahan masyarakat, terutamanya ibu bapa dan murid, terhadap implikasi cadangan ini terhadap sistem pendidikan negara.
PKPIM berpendirian bahawa langkah mengembalikan UPSR dan PMR bukanlah penyelesaian terbaik untuk cabaran pendidikan masa kini. Sistem penilaian yang hanya berfokus pada pencapaian akademik semata-mata dan sama rata tidak mencerminkan pembangunan insan secara menyeluruh, malah berisiko membatasi potensi sebenar seorang murid.
Oleh itu, PKPIM menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam melaksanakan reformasi pendidikan dengan penambahbaikan yang lebih progresif dan berpandangan jauh. Kami mencadangkan:
1. Pendekatan pembelajaran bersepadu iaitu sistem pendidikan perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang mengutamakan pembangunan pelajar secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, bukan semata-mata di atas kertas peperiksaan. Hanya dengan pendekatan ini, kita mampu melahirkan generasi yang seimbang dan berdaya tahan.
2. Pembinaan kredibiliti dan watak guru yang mempunyai jiwa pendidik. Hal ini supaya masyarakat mempunyai keyakinan kepada guru-guru dan murid-murid akan menghormati kedudukan seorang guru sebagai pendidik.
3. Pengukuhan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). PBS perlu dimantapkan dengan sistem yang sistematik, telus dan berintegriti, dengan fasiliti yang mencukupi dan autonomi penuh kepada guru dan sekolah agar setiap pelajar dinilai secara adil berdasarkan potensi dan usaha mereka secara menyeluruh.
PKPIM yakin reformasi pendidikan yang progresif adalah kunci utama dalam membina masa depan negara yang lebih cemerlang. Kami berdiri teguh bersama usaha YB Menteri Pendidikan untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan, inklusif, dan mampu melahirkan generasi unggul yang memenuhi cabaran abad ke-21.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD IRSYAD BIN TAKIUDIN
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat,
PKPIM telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkenaan bantahan terhadap hukuman gantung 6 pesalah berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
100 Tahun Malcolm X, dua episod kehidupan yang mengubah seorang penjenayah jalanan menjadi tokoh dunia yang memperjuangkan keadilan sejagat. Dua kisah luar biasa Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz dalam mengenal ilmu, iman dan kemanusiaan tanpa sempadan.
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
The National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) strongly condemns Donald Trump's recent statement and proposal suggesting the relocation of Palestinians from Gaza to neighbouring countries such as Egypt and Jordan. This proposal is not only irresponsible but also violates human rights,