August 07, 2025
Dalam era ledakan maklumat ini, media sosial telah menjadi platform utama untuk berkongsi berita, pandangan, dan perasaan. Malangnya, kemudahan ini turut membawa padah apabila ia digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu, spekulasi liar dan tuduhan tidak berasas.
Ramai kini bertindak seolah-olah menjadi hakim dan juri, menjatuhkan hukuman terhadap individu hanya berdasarkan satu video tular, satu ciapan tanpa konteks, atau kenyataan tanpa semakan. Dalam keghairahan ini, kita lupa bahawa setiap komen kita boleh menjadi fitnah yang memusnahkan maruah dan masa depan seseorang.
Di Malaysia, tindakan menyebarkan maklumat tidak benar bukan sahaja berdosa, malah boleh menjadi satu kesalahan jenayah sepertinya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)Seksyen 233(1)(a) iaitu, menggunakan kemudahan rangkaian untuk menyebarkan maklumat palsu, jelik atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan.Dan bentuk hukuman itu adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
Jika dilihat pula di dalam al-quran, di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6, yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah kebenarannya, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu.”
Kita perlu beringat bahawa Media sosial bukan medan perbicaraan. Ia bukan mahkamah. Kita tidak dilantik menjadi hakim untuk menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan naratif viral. Islam mendidik kita agar berhati-hati dalam berkata-kata, adil dalam menilai, dan berpegang kepada kebenaran.Sebelum kita berkongsi atau menulis sesuatu, tanya diri kita, apakah tujuan kita menyebarkannya?, sudahkah kita semak kesahihannya?, adakah kita bersedia bertanggungjawab di dunia dan akhirat?.Janganlah kita menjadi netizen yang ghairah menghukum tetapi lalai untuk muhasabah. Mungkin hari ini kita yang menuduh, esok kita yang dituduh. Maka, peganglah sabda Nabi Muhammad SAW,
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMMAD KHALIL BIN SAAT
Exco Antarabangsa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
100 Tahun Malcolm X, dua episod kehidupan yang mengubah seorang penjenayah jalanan menjadi tokoh dunia yang memperjuangkan keadilan sejagat. Dua kisah luar biasa Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz dalam mengenal ilmu, iman dan kemanusiaan tanpa sempadan.
Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.
Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh