Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

"Kita selisih bukan kerana diri sendiri, tetapi tentang kebaikan untuk dakwah ini".

MUHAMMAD KHALIL... | PKPIM Pusat

April 04, 2025

"Kita berselisih bukan kerana diri sendiri,tetapi tentang kebaikan untuk gerakan ini".


 

Ini lah kata-kata yang penuh dengan makna dan pengertian, datangnya kata-kata ini daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an.


 

Pertemuan antara KPIJ dan Tuan Syed Hasyim ini adalah pada 22 Mac 2025, ketika Program Ihya' Ramadan yang dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar Islam Johor, bertempat di Pondok Pengajian Ba'alawi, Batu Pahat. Pada pertemuan tersebut, banyak kisah-kisah yang di ceritakan oleh Tuan Syed Hasyim berkenaan bagaimana ABIM Batu Pahat berkembang sehingga menjadi sebuah NGO yang kuat dan mantap.


 

Tuan Syed Hasyim juga merupakan sahabat baik kepada Ustaz Hj Manan, yang merupakan pengasas Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan juga Pengerusi Negeri ABIM Johor. Beliau juga menceritakan bagaimana mereka bersama-sama, berganding bahu di dalam jalan dakwah ini. Menurut Tuan Syed Hasyim, pada tahun 1980 an, beliau bersama dengan ABIM Batu Pahat pada ketika itu bersama-sama bergerak, menyebarkan dakwah daripada sebuah surau yang terletak dihadapan The Summit Batu Pahat.

"Dulu di kawasan hadapan Summit BP itu adalah kawasan orang melayu, ramai orang melayu yang duduk disitu, dan di situ juga ada surau yang sentiasa penuh, tetapi suatu hari datang lah "developer" untuk ambil tanah tu, jadi ramai orang melayu yang berpindah ke tempat lain sehinggalah surau yang berada di situ kosong, tiada jemaah. Jadi, saya pada waktu itu, mengambil alih surau itu bersama-sama dengan ABIM Batu Pahat, disitulah terhasilnya program-program seperti Semarak Ramadan, Hari Raya Korban, dan usrah. Saya ni taklah pandai agama, tetapi dengan adanya rakan-rakan jemaah yang belajar di Jordan, Mesir dan pondok-pondok, ia membuatkan kami kuat dengan kesatuan kami bersama", katanya.


 

"Tak cukuplah kopi tanpa serbuknya, tak cukuplah manis air tanpa gula", di dalam gerakan ini, tidak semua akan kekal dan selamanya mudah dan tidak diuji, Tuan Syed Hasyim dan rakan-rakan diuji dengan perselisihan diantara mereka, kerana masing-masing mempunyai idea dan cadangan yang baik untuk gerakan ini kedepannya, dan disebabkan perselisihan ini, tiada siapa yang mampu menjadi penenang diantara mereka bagi menyelesaikan masalah ini, jadi siapakah yang menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah ini?, "jadi masa itu, semua tak bercakap, tak berjumpa sebab masing-masing rasa betul, tetapi satu hari, datang seorang sosok yang menjadi perantara yang menyelesaikan konflik antara mereka, siapakah dia? Itulah dia Perdana Menteri kita sekarang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Masa tu PMX turun dari KL datang ke Batu Pahat untuk selesaikan masalah kami, sambil makan nasi bungkus, dan akhirnya perselisihan itu pun terlerai, berkat daripada PMX yang turun ke Batu Pahat pada waktu itu. Apa-apa pun kita ni perlu beringat, kita berselisih bukan kerana diri sendiri,tetapi tentang kebaikan untuk gerakan ini",katanya.


 

Kisah daripada Tuan Syed Hasyim ini memberikan suntikan semangat buat kami di Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) untuk terus berjuang dan semangat di dalam menggerakkan agenda dakwah ini, kerana itulah tanggungjawab sebagai seorang muslim.


 

Hidup Islam!

Hidup Biar Berjasa!


 

MUHAMMAD KHALIL BIN SAAT

Biro Latihan Dan Pembangunan

Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

Bacaan Lanjut !

Image Description

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2024

Wahai guru-guru dikasihi, Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

ON THE IMMINENT DEPORTATION OF UYGHUR DETAINEES IN THAILAND

Given the gravity of their situation, PKPIM urges the Thailand government to reconsider this decision and calls upon the international community, including the global human rights organizations, to intervene and ensure that the rights and safety of these detainees are upheld. As a nation that cheris

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

SYED SHAYKH AL HADI ; TOKOH REFORMIS

Syed Syeikh al-Hadi ialah reformis Islam yang memperjuangkan pendidikan moden, pemikiran rasional, dan hak wanita. Melalui madrasah, penerbitan, dan sastera, beliau membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam pada awal abad ke-20.

Image Description
AMIR FIRHAN BIN ROSL... | PKPIM Pusat
Image Description

Beberapa Renungan Daripada Novel Crime and Punishment Karya Fyodor Dostoevsky

Crime & Punishment, kisah Raskolnikov yang membunuh lintah darat, lalu tersiksa rasa bersalah. Novel psikologi-falsafah Dostoevsky berkait dengan moral, kemiskinan & penebusan dosa. Beberapa renungan dapat diperoleh daripada pembacaan penulis.

Image Description
muhamad adib irfan b... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Mengucapkan Selamat Hari Bumi kepada semua!

Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

Rasional vs Emosional

Dalam hidup, kita sering memilih antara rasional atau emosional. Rasional berpandukan logik, manakala emosional berasaskan perasaan. Kedua-duanya penting - rasional memastikan ketepatan, sementara emosi membina hubungan. Islam menekankan wasatiyyah, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Image Description
Ali Imran bin Saharu... | PKPIM Pusat