November 01, 2024
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.
Merujuk kepada data yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah kes HIV melibatkan pelajar IPT menunjukkan peningkatan yang sangat membimbangkan, dengan 244 kes dilaporkan pada tahun lepas.
PKPIM menghargai usaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan dalam memantau dan menangani isu ini melalui pelbagai program advokasi, kesedaran, dan pencegahan. Namun, adalah jelas bahawa usaha yang lebih komprehensif dan bersepadu diperlukan bagi menangani masalah ini dengan lebih efektif.
PKPIM mencadangkan beberapa langkah tindakan dalam membasmi isu ini:
1. Pendidikan Seksualiti Berlandaskan Nilai Islam: PKPIM mencadangkan agar kurikulum pendidikan seksualiti di IPT ditambah baik dengan menerapkan nilai-nilai Islam sebagai panduan kepada mahasiswa untuk melindungi diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang merosakkan.
2. Pengukuhan Program Kesedaran: Program kesedaran dan pencegahan HIV perlu diperluaskan dan diperkukuh dengan kerjasama antara NGO, institusi pendidikan, dan pihak berkuasa kesihatan. PKPIM juga menyarankan agar program ini melibatkan pembicara dan pakar dari kalangan komuniti Islam yang mampu memberikan perspektif yang sesuai dengan budaya dan agama.
3. Penglibatan Komuniti Pelajar: PKPIM menggesa pelajar-pelajar IPT untuk aktif terlibat dalam program advokasi dan kesedaran HIV. Penglibatan secara langsung akan meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap risiko dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Muhammad Haakem Bin Azman
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat,
Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.
Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 Akta 736.
Ramai kini bertindak seolah-olah menjadi hakim dan juri, menjatuhkan hukuman terhadap individu hanya berdasarkan satu video tular, satu ciapan tanpa konteks, atau kenyataan tanpa semakan.