January 07, 2025
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian. Penganjur mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan pengunjung dan mematuhi peraturan ditetapkan.
Perlu ditegaskan bahawa hiburan tidak dilarang dalam Islam, tetapi ia mesti selaras dengan syariat dan tidak memudaratkan masyarakat. Hiburan tidak terkawal seperti insiden ini bercanggah dengan nilai Islam dan menyumbang kepada budaya hedonisme. Oleh itu, acara hiburan yang melanggar batas syariat wajar ditolak.
Kami menyeru Kementerian Komunikasi dan pihak berkuasa lain untuk memantau penganjuran konsert bagi mengelakkan kerosakan moral dan sosial. Penganjur konsert harus memastikan kawalan keselamatan yang ketat dan mencegah aktiviti tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah. Hiburan yang dianjurkan perlu membawa nilai positif kepada masyarakat.
Masyarakat, khususnya belia, digesa agar menyedari bahaya budaya hedonisme yang mengejar keseronokan tanpa peduli akibatnya. Didikan agama dan moral perlu diperkukuh untuk membentuk generasi yang seimbang intelek, spiritual, dan sosial. Kesedaran ini penting untuk mengelakkan tragedi serupa ini daripada berulang.
PKPIM berpendirian bahawa acara hiburan mesti mematuhi prinsip Islam dan undang-undang negara. Tragedi ini menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk meningkatkan kawalan dan memperbaiki kelemahan. Kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, NGO, dan masyarakat diperlukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan bermaruah.
Hidup Biar Berjasa
MUHAMMAD HAAKEM BIN AZMAN
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
44% jangkitan HIV melibatkan belia 20-29 tahun akibat seks bebas, dipengaruhi media sosial, aplikasi janji temu, salah faham risiko HIV dan normalisasi budaya hedonistik. Pendidikan, bimbingan dan kesedaran perlu diperkasa untuk menyelamatkan generasi masa depan.
Pada 18 Julai 2024, beberapa ahli Parlimen telah melakukan bacaan doa qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius
Crime & Punishment, kisah Raskolnikov yang membunuh lintah darat, lalu tersiksa rasa bersalah. Novel psikologi-falsafah Dostoevsky berkait dengan moral, kemiskinan & penebusan dosa. Beberapa renungan dapat diperoleh daripada pembacaan penulis.
Artikel ini membincangkan sumbangan Prof. Dr. Jasser Auda, seorang sarjana Islam kontemporari yang terkenal dalam bidang Maqasid al-Shariah dan pemikiran Islam moden. Fokus utama kajian ini adalah pendekatan Tafsir Maqasidi, yang menekankan hikmah dan tujuan syariah dalam memahami al-Quran.
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.