Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

BANTAHAN TERHADAP USAHA PENJAJAHAN GAZA OLEH DONALD TRUMP

Raja muhammad a... | PKPIM Pusat

February 06, 2025

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas menolak sebarang usaha yang mencabuli kedaulatan wilayah Palestin, khususnya tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa merancang untuk menduduki Gaza. Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip undang-undang antarabangsa tetapi juga memperburuk krisis kemanusiaan yang telah sekian lama menimpa rakyat Palestin.

 

Sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang menjunjung nilai keadilan dan hak asasi manusia, PKPIM memandang serius perkembangan ini dan menggesa semua pihak, terutamanya masyarakat antarabangsa, untuk bertindak segera dalam menolak sebarang bentuk penjajahan dan penindasan terhadap Palestin.

 

Sehubungan itu, PKPIM menyeru tindakan berikut:

 

  1. Desakan terhadap Kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah diplomatik tegas dalam menyuarakan bantahan terhadap sebarang usaha pendudukan haram di Gaza serta memperkukuh pendirian Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di pentas antarabangsa.
  2. Tindakan proaktif dari OIC dan PBB untuk menghalang sebarang bentuk penjajahan baharu yang akan terus mencetuskan ketidakstabilan di Timur Tengah serta mengancam keamanan global.
  3. Kesedaran dan solidariti masyarakat antarabangsa, termasuk institusi pendidikan, pertubuhan masyarakat sivil, dan badan hak asasi manusia, dalam menolak penjajahan serta menyalurkan sokongan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terus dizalimi.

 

PKPIM menegaskan bahawa keamanan dan keadilan sejati hanya dapat dicapai dengan memastikan hak rakyat Palestin dihormati sepenuhnya dan sebarang bentuk pendudukan haram ditamatkan segera. Kami akan terus komited dalam memperjuangkan kebebasan dan kedaulatan rakyat Palestin menerusi pelbagai inisiatif advokasi dan diplomasi mahasiswa di peringkat nasional serta antarabangsa.

 

HIDUP BIAR BERJASA

 

RAJA MUHAMMAD ARIF AFIFUDDIN BIN RAJA AHMAD ISKANDAR
Naib Presiden Antarabangsa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Bacaan Lanjut !

Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENGGESA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TELITI KRISIS AIR DEMI KEBAJIKAN MAHASISWA DI KAMPUS

PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM: UTAMAKAN REFORMASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN GENERASI GEMILANG

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan cadangan pengembalian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kami mengakui keresahan masyarakat, terutamanya ibu bapa dan murid, terhadap implikasi cadangan ini terhadap sistem

Image Description
Muhammad Irsyad bin... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

ISU TRAGEDI KONSERT PINKFISH: MENEGASKAN KEPENTINGAN KAWALAN DAN PEMATUHAN SYARIAH

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.

Image Description
Muhammad Haakem Bin... | PKPIM Pusat
Image Description

"Kita selisih bukan kerana diri sendiri, tetapi tentang kebaikan untuk dakwah ini".

Perkongsian cerita daripada Syed Hasyim Bin Zin, yang merupakan Bendahari dan Penolong Setiausaha, ABIM Daerah Batu Pahat tahun 1970 an tentang gerakan dakwah di Batu Pahat pada era beliau.

Image Description
MUHAMMAD KHALIL BIN... | PKPIM Pusat
Image Description

Jutawan vs Marhaen

Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.

Image Description
Nur muhammad naufal... | PKPIM PERLIS