November 01, 2024
Assalamualaikum wrb dan salam pendidik luar biasa!
----
Wahai guru-guru dikasihi,
Hari ini adalah hari istimewa bagimu. Hari dimana dirimu telah terpilih menjadi seorang pendidik untuk memberi erti dan makna dalam membentuk kehidupan anak bangsa yang dinanti-nantikan. Hari ini bukanlah sekadar untuk meraikan semata-mata, kerana sepanjang hidupmu adalah hari bahagia sebagai pejuang pendidik.
Wahai para guru berjasa,
Kata Pendidik Profilik Ulung, Buya Hamka mengatakan bahawa "Pendidik yang tiada visi untuk dirinya agak mustahil untuk dia menanamkan visi terhadap anak didiknya.
Betapa insafnya, ini juga dinukilkan oleh Sasterawan Negarawan Ulung, Dato Usman Awang, sajak "Guru oh Guru" sebagai kepentingan Pendidik Pembina Masa Depan Negara. Katanya;
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku. (SU. Usman Awang)
Wahai para pendidik bitara,
Pendidikan ini adalah milik semua manusia, haq kewajiban demi mencapai karamah insaniah yang sebenar-benarnya. Tidak akan capai itu tanpa pendidik yang rabbani dan berakhlak mulia. Maka matlamat pendidik untuk memastikan pembentukan otak dan watak itu dapat dilaksanakan sekuat-kuat utuh, seutuh-utuhnya kental seorang jiwa raga para pendidik sehingga hari ini. Luar biasa para pendidik; mendidik akal fikir, mengasah akal budi serta mengasuh pendidikan insaniah dan ilahi.
لولا المربي ما عرفت ربي
"Seandainya tidak ada Sang Guru, nescaya aku tidak mengenal Tuhanku".
Teruskan berbakti, teruskan bitara!
Hidup Biar Berjasa!!!
Muhamad Nazmi Ab Rahim
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius
Pada April 2025, Amerika Syarikat telah mengumumkan pengenalan tarif baharu yang dinamakan sebagai “Liberation Day Tariffs”, dengan kadar asas sebanyak 10% dikenakan ke atas hampir semua negara, dan khususnya 24% terhadap produk Malaysia.
Harga sebuah maksiat tidak dibayar dengan nilai tapi hadiah percuma yang tidak diminta.
Artikel ini membincangkan sumbangan Prof. Dr. Jasser Auda, seorang sarjana Islam kontemporari yang terkenal dalam bidang Maqasid al-Shariah dan pemikiran Islam moden. Fokus utama kajian ini adalah pendekatan Tafsir Maqasidi, yang menekankan hikmah dan tujuan syariah dalam memahami al-Quran.
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.
100 Tahun Malcolm X, dua episod kehidupan yang mengubah seorang penjenayah jalanan menjadi tokoh dunia yang memperjuangkan keadilan sejagat. Dua kisah luar biasa Al-Syahid El-Hajj Malik El-Shabazz dalam mengenal ilmu, iman dan kemanusiaan tanpa sempadan.