November 01, 2024
PKPIM merujuk kepada insiden tragis yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan mahasiswi UPSI sebagai peringatan bahawa keselamatan wanita masih terancam di mana-mana. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurfarah Kartini binti Abdullah, semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka.
PKPIM memandang serius isu keselamatan wanita masa kini. Wanita mahupun lelaki perlu sentiasa berhati-hati, peka dan cakna terhadap keselamatan diri dan persekitaran di mana sahaja kita berada.
PKPIM menyeru semua ahli PKPIM, mahasiswa/i, dan wanita di seluruh negara untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Keselamatan diri adalah tanggungjawab utama setiap individu.
Masyarakat juga harus bertanggungjawab dengan lebih proaktif untuk memastikan ekosistem yang lebih selamat untuk wanita serta akses yang lebih efektif untuk semua.
Pelihara hak dan maruah diri. Jangan berdiam diri atau menyerah saat diancam, bertindak sewajarnya jika anda berada dalam bahaya!
Kongsikan tips keselamatan ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Majlis Hal Ehwal Siswi Kebangsaan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
PKPIM telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkenaan bantahan terhadap hukuman gantung 6 pesalah berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
PKPIM bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri Agama telah menganjurkan program bacaan Yaasin dan solat hajat di surau-surau dan sekolah-sekolah di seluruh negara, memohon perlindungan dan pembebasan untuk saudara-saudara kita di Palestin.
Pada 18 Julai 2024, beberapa ahli Parlimen telah melakukan bacaan doa qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini.
44% jangkitan HIV melibatkan belia 20-29 tahun akibat seks bebas, dipengaruhi media sosial, aplikasi janji temu, salah faham risiko HIV dan normalisasi budaya hedonistik. Pendidikan, bimbingan dan kesedaran perlu diperkasa untuk menyelamatkan generasi masa depan.
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.