November 01, 2024
Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
PKPIM menyedari bahawa setiap tahun, ramai pelajar baru menghadapi cabaran kewangan yang menyebabkan sebahagian terpaksa mengambil inisiatif luar untuk melanjutkan pelajaran. Ini merupakan masalah yang serius, terutama bagi pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Sehubungan itu, PKPIM menyambut baik kenyataan YB Senator Dato’ Setia Diraja Dr. Zambry Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, yang mengarahkan Universiti Awam untuk menangguhkan kutipan yuran bagi pelajar miskin dan daif. PKPIM memuji tindakan ini kerana memudahkan proses pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
PKPIM juga mencadangkan agar pentadbiran universiti mengambil langkah proaktif bagi memastikan pelajar-pelajar yang terjejas dapat menangguhkan bayaran serta segera selesaikan PTPTN atau bantuan lain, atau menawarkan bayaran secara berperingkat.
PKPIM percaya dengan usaha murni daripada pihak Universiti sedikit sebanyak akan membantu pelajar-pelajar generasi mendatang meneruskan pelajaran di Universiti.
Hidup Biar Berjasa!
MUHAMAD NAZMI BIN ABD RAHIM
Timbalan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bertanggungjawab memastikan semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
PKPIM merujuk kepada insiden tragis yang telah berlaku baru-baru ini melibatkan mahasiswi UPSI sebagai peringatan bahawa keselamatan wanita masih terancam di mana-mana.
Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan menunjukkan ...
Syria baru sahaja mengalami gelombang perubahan yang signifikan. Diktator sudah jatuh, Kebebasan serta harapan kini terbentang luas di hadapan mata. Namun, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh negara ini dalam mencapai kemakmuran serta kedamaian yang dicari. Selamat membaca
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
Crime & Punishment, kisah Raskolnikov yang membunuh lintah darat, lalu tersiksa rasa bersalah. Novel psikologi-falsafah Dostoevsky berkait dengan moral, kemiskinan & penebusan dosa. Beberapa renungan dapat diperoleh daripada pembacaan penulis.