November 01, 2024
Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
PKPIM berpandangan agar perkara ini diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan siasatan terhadap tragedi tersebut yang dipercayai dari kumpulan pengganas yang digelar Jemaah Islamiyyah.
PKPIM menegaskan dua perkara kepada mahasiswa iaitu:
1. Sentiasa berhati-hati serta berwaspada dengan pemikiran serta ideologi pelampau.
2. Mengambil pendekatan yang sederhana yakni wasatiyyah dalam tindakan yang dilakukan.
PKPIM sentiasa bersedia untuk membantu pihak kerajaan dalam menangani isu ini di lapangan mahasiswa dan sekolah agar pemikiran ekstremisme dan ghuluw dapat ditangani sejak peringkat awal.
Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Pada April 2025, Amerika Syarikat telah mengumumkan pengenalan tarif baharu yang dinamakan sebagai “Liberation Day Tariffs”, dengan kadar asas sebanyak 10% dikenakan ke atas hampir semua negara, dan khususnya 24% terhadap produk Malaysia.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) menyelurusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport-MOT) terhadap penerusan inisiatif FLYSiswa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi
Artikel ini membincangkan sumbangan Prof. Dr. Jasser Auda, seorang sarjana Islam kontemporari yang terkenal dalam bidang Maqasid al-Shariah dan pemikiran Islam moden. Fokus utama kajian ini adalah pendekatan Tafsir Maqasidi, yang menekankan hikmah dan tujuan syariah dalam memahami al-Quran.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich "Ham dan Cheese" oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkara ini menjadi sensitif memandangkan istilah "Ham" lazimn
Dalam ajaran Islam, adab yang mencakupi akhlak, etika, dan tingkah laku mulia dianggap sebagai asas terpenting dalam pembentukan seorang insan. Bahkan, ia didahulukan sebelum ilmu. Kisah iblis yang diusir dari syurga menjadi peringatan jelas bahawa ilmu tanpa adab bukan sahaja tidak membawa manfaat,