January 14, 2025
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich "Ham dan Cheese" oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkara ini menjadi sensitif memandangkan istilah "Ham" lazimnya dikaitkan dengan produk berasaskan daging khinzir, yang diharamkan dalam Islam dan syarikat penghasil produk tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
PKPIM ingin mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama KK Mart terpalit dengan isu berkaitan ketidakpekaan terhadap sensitiviti agama Islam dan menganggap perkara ini sebagai satu bentuk kecuaian yang serius, yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar tidak menimbulkan keresahan berulang dalam kalangan umat Islam. PKPIM ingin menegaskan beberapa perkara seperti berikut:
KK Mart sebagai salah satu rangkaian peruncitan utama di Malaysia perlu lebih peka terhadap sensitiviti agama, terutamanya dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Penggunaan istilah "Ham" dalam produk makanan, walaupun mungkin merujuk kepada daging halal seperti ayam atau lembu, boleh menimbulkan kekeliruan dan kekhuatiran.
PKPIM mendesak KK Mart untuk memberikan penjelasan segera mengenai penjualan produk daripada syarikat yang tidak mempunyai SPHM dijual di beberapa premis mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, produk itu juga mempunyai logo halal yang dicetak di bungkusan tersebut. Ini merupakan suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
PKPIM menuntut pihak KK Mart untuk memperketatkan pematuhan kepada piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk mendapatkan pengesahan sijil halal yang sah bagi semua produk yang dijual. Langkah ini penting untuk memelihara kepercayaan pengguna dan menjamin hak pengguna Muslim di negara ini.
PKPIM komited untuk terus membela hak dan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia serta menyeru semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran tempatan mematuhi nilai dan prinsip masyarakat setempat.
HIDUP BIAR BERJASA
MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Syed Syeikh al-Hadi ialah reformis Islam yang memperjuangkan pendidikan moden, pemikiran rasional, dan hak wanita. Melalui madrasah, penerbitan, dan sastera, beliau membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam pada awal abad ke-20.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius kontroversi yang timbul susulan kandungan siaran radio yang didakwa menyinggung sensitiviti agama. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia harus terus menjadi tanah yang subur dengan nilai hormat-menghormati serta
Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh
Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bertanggungjawab memastikan semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita atas tragedi di konsert Pinkfish yang meragut nyawa akibat penyalahgunaan dadah. Kejadian ini menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur jika berlaku kelalaian.
The National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) strongly condemns Donald Trump's recent statement and proposal suggesting the relocation of Palestinians from Gaza to neighbouring countries such as Egypt and Jordan. This proposal is not only irresponsible but also violates human rights,