Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

Syria Pasca Assad: Cabaran dan Harapan di Sebalik Kejatuhan Rejim

Nur muhammad na... | PKPIM PERLIS

June 08, 2025

Syria pasca Assad

Oleh NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMAN

 

8 Disember 2024, satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat dunia. Serangan pantas yang digerakkan oleh pasukan pejuang Hayat Tahrir al-Shams (HTS) sejak 10 hari yang lalu bermula dari kubu kuat mereka di Idlib kemudian menawan kota-kota besar yang lain seperti Hama, Homs, Aleppo dan kini, hanya berada di pinggiran Kota Damsyik, kubu terakhir bagi rejim Assad.

 

Bashar Al-Assad yang sudah memegang jawatan Presiden Syria sejak tahun 2000 tidak tahu harus melakukan apa lagi. Meskipun beliau masih lagi yakin mampu menyekat kemaraan pasukan pejuang tersebut, namun ketika mereka sudah berada di pinggiran Kota, beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Moscow bersama dengan keluarganya atas nasihat sekutu rapat, Rusia sekaligus meninggalkan Damsyik yang mudah ditawan oleh HTS tanpa sebarang tentangan daripada tentera kerajaan sekaligus menamatkan pemerintahan keluarganya selama 53 tahun. Dilaporkan Presiden Rusia, Vladimir Putin membenarkan suaka politik diberikan terhadap Assad untuk menetap di Rusia.

Namun persoalannya di sini, pada 8 Disember itu, dimanakah rakan sekutu rapatnya, Rusia dan Iran di saat Assad memerlukan mereka bagi mempertahankan rejimnya yang terkenal dengan kebrutalan serta kezaliman yang dilakukan ke atas rakyatnya sendiri sejak daripada zaman ayahnya lagi, Hafez Al-Assad?

 

Logik yang paling mudah untuk diterima ialah Rusia dan Iran masing-masing mempunyai masalah atau konflik internal atau isu dalaman yang mereka perlu selesaikan. Rusia sedang berperang dengan Ukraine yang kini sudah memasuki tahun ketiga sejak perang mula meletus pada 2022. Iran pula sedang menghadapi konflik dengan Israel, dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Israel pada Oktober lalu, manakala Hezbollah pula baru sahaja menyelesaikan konfliknya dengan Israel. Dengan ketiadaan sekutu utama Assad telah membuka peluang kepada HTS untuk melancarkan serangan pantas dan berjaya menawan kota-kota besar di Syria sehingga akhirnya dapat menawan Kota Damsyik sekaligus menumbangkan rejim Assad.

 

Jadi, apakah langkah seterusnya untuk Syria pasca kejatuhan Assad? Apakah akan ada kestabilan dalam masa terdekat ataupun lebih banyak lagi konflik yang bakal berlaku sama ada dalam negeri ataupun luar negeri yang perlu Syria tangani dalam kadar segera. Yang pasti kestabilan dan keamanan perlu dicapai. Jika tidak, Syria bakal menghadapi pelbagai rintangan serta cabaran yang berliku dalam mewujudkan sebuah negara yang bebas dan aman.

 

 

Mengapa penulis menekankan kestabilan dan keamanan? Ini kerana kebanyakan negara seperti Libya dan Mesir meskipun berjaya menggulingkan pemimpin di negara masing-masing seperti Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi semasa berlakunya Arab Springs pada tahun 2011, namun kebanyakannya kekal dalam huru hara. Sebagai contoh Libya, kestabilan itu tidak dapat dicapai disebabkan oleh ‘power vacuum’ serta pertelingkahan antara sesama pemimpin Libya pasca Gaddafi sehingga berlakunya perang saudara di Libya manakala Mesir pula kembali diperintah oleh tentera selepas Mohammad Morsi yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya digulingkan oleh tentera pada tahun 2013 selepas hanya setahun sahaja perintah. 

 

Disamping itu, kita perlu ingat bahawa ketika pasukan pejuang berjaya menduduki Damsyik, Israel sudah pun berjaya menduduki Dataran Bukit Golan, bahkan sudah jauh memasuki ‘buffer zone’ atau zon penampan untuk memastikan kepentingannya dapat sentiasa terpelihara. Meskipun dikecam oleh masyarakat antarabangsa, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelaskan, tindakan Israel itu dilakukan bagi menjaga ‘kepentingan’ negara haram tersebut.

 

Kerajaan sementara juga bakal menghadapi cabaran bagaimana ingin menyatupadukan kumpulan-kumpulan pejuang lain yang menentang Bashar Al-Assad ini. Perlu difahami bahawa selain HTS, ada Kumpulan lain juga seperti pasukan pejuang pro-Kurdish, Syria Democratic Force (SDF) yang mengawal sebahagian besar utara Syria yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) semasa perang saudara berlangsung, demikian juga pasukan Syria National Army (SNA) yang disokong oleh Turkiye bagi membendung  pasukan SDF yang didakwa dinaugi oleh Kumpulan Unit Perlindungan rakyat Kurdish (YPG) yang merupakan serpihan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di Turkiye. Jadi bergantung kepada bagaimanakah kerajaan sementara ini bakal melayani kumpulan tersebut kerana kebanyakan Kumpulan yang berjuang itu mempunyai agendanya yang tersendiri.

 

Kesimpulannya, perubahan tidak datang dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan satu tempoh yang panjang bagi Syria bagi pulih semula daripada kemusnahan selepas sekian lama perang berlangsung. Harus diingatkan, penindasan serta kezaliman itu berlaku bukan hanya dalam masa satu dua hari sahaja, tetapi ianya berlangsung selama 53 tahun. Jadi rakyat Syria berhak meraikan kemerdekaan buat kali kedua, selepas kemerdekaan pertama Syria peroleh dari Perancis pada tahun 1946.  Syria, meskipun masa depanmu belum pasti, namun jalan perubahan sudah dibuka, dan inilah masanya untuk membina semula negaramu ini. 

Bacaan Lanjut !

Image Description

PKPIM SOKONG PINDAAN AKTA 585 DAN AKTA 505: LANGKAH MEMPERKASA INSTITUSI PERUNDANGAN SYARIAH NEGARA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh sokongan mengalu-alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember 2024. Pindaan ini adalah manifestasi usaha serius

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PELIHARA KEHARMONIAN NEGARA, PKPIM GESA PIHAK BERWAJIB AMBIL TINDAKAN SEGERA

Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

GRAFITI: EJEN RISALAH REVOLUSI KEBANGKITAN RAKYAT BANGLADESH

Pada tanggal bersejarah 31 Disember 2024, Dhaka menjadi saksi kepada detik gemilang yang menggambarkan keagungan perjuangan Islam yang hakiki. Dalam perhimpunan yang penuh semangat di Bangladeshi Islami Chatrashibir Central Member Conference 2024, saya, Muhammad Dzul Aiman bin Zulkefly, dengan penuh

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM BIMBANG TREND PENINGKATAN KES HIV DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan keprihatinan kami terhadap trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berumur 18 hingga 25 tahun di seluruh negara.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

SERUAN PKPIM : PERKUKUH PERPADUAN, TOLAK PERPECAHAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius kontroversi yang timbul susulan kandungan siaran radio yang didakwa menyinggung sensitiviti agama. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia harus terus menjadi tanah yang subur dengan nilai hormat-menghormati serta

Image Description
AHMAD SYAHIR BIN ABD... | PKPIM Pusat
Image Description

Kisah Para Anbiya' & Gerakan Islam : Nabi Adam AS

Artikel ini menceritakan tentang kepentingan Gerakan Pelajar Islam dalam meneladani kisah para anbiya' dalam meneguhkan moral serta fundamental setiap individu supaya kita dapat merealisasikan visi, misi dan slogan 'Hidup Biar Berjasa'. (Siri ini membawakan kisah Nabi Adam AS)

Image Description
Ali Imran bin Saharu... | PKPIM Pusat