Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

PKPIM SOKONG INISIATIF MARA: MELAHIRKAN GENERASI MAHIR TEKNIKAL DAN CEMERLANG SPIRITUAL

MUHAMMAD DZUL A... | PKPIM Pusat

January 25, 2025

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA melalui ujian khas bacaan Al-Fatihah dan Fardhu Ain. Inisiatif ini adalah langkah yang amat bertepatan bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran teknikal tetapi turut memiliki asas agama yang kukuh.


PKPIM menekankan betapa pentingnya melahirkan generasi pelajar yang holistik, seimbang dalam pembangunan intelektual, spiritual, dan akhlak. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik yang mampu mencorakkan sahsiah unggul generasi muda yang menjadikan nilai-nilai Islam sebagai teras panduan hidup. PKPIM menyokong penuh cadangan ini kerana:

 

  1. Pengukuhan asas keagamaan dengan mengadakan penilaian bacaan Al-Fatihah dan kefahaman fardhu ain memastikan pelajar menguasai asas-asas utama dalam ibadah seharian.
  2. Peningkatan kualiti pelajar dengan menggerakkan pemantapan aspek kerohanian akan meningkatkan disiplin dan sikap profesional dalam kalangan pelajar TVET.
  3. Tindakan proaktif untuk pembangunan insan dengan melaksanakan satu program intervensi pengukuhan fardhu ain adalah langkah holistik untuk membantu pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan dalam ilmu agama.

 

PKPIM yakin bahawa inisiatif ini akan menjadi pemangkin transformasi kepada pelajar GiatMARA, melahirkan individu yang bukan sahaja unggul dalam kemahiran teknikal, tetapi juga menjulang nilai tanggungjawab, integriti, danakhlak terpuji sebagai aset berharga kepada masyarakat dan negara.

 

PKPIM menyeru institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menjadikan inisiatif ini sebagai model terbaik dalam mencetuskan anjakan paradigma, demi membina karakter pelajar dan mahasiswa yang unggul, selaras dengan aspirasi luhur gagasan Malaysia MADANI.

 

Hidup Biar Berjasa!

 

MUHAMMAD DZUL AIMAN BIN ZULKEFLY
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Bacaan Lanjut !

Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

Jutawan vs Marhaen

Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.

Image Description
Nur muhammad naufal... | PKPIM PERLIS
Image Description

PKPIM MENGECAM TINDAKAN CADANGAN DONALD TRUMP MEMINDAHKAN RAKYAT PALESTIN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM BIMBANG PENYALAHGUNAAN BACAAN QUNUT NAZILAH DI KALANGAN MASYARAKAT

Pada 18 Julai 2024, beberapa ahli Parlimen telah melakukan bacaan doa qunut nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

MEMUPUK EMPATI DAN MENJAMIN KEADILAN: HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP GOLONGAN OKU

Isu kekerasan terhadap individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini di pasar malam Kemaman telah mencetuskan kemarahan dan rasa kesal dalam kalangan masyarakat. Kejadian ini mencerminkan kegagalan kita sebagai sebuah masyarakat untuk mempertahankan hak asasi manusia dan menunjukkan ...

Image Description
Anis arissa binti mo... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM Sambut Baik Keputusan Universiti Awam Menangguhkan Kutipan Yuran daripada Pelajar Miskin dan Daif

Bulan Oktober menandakan kemasukan pelajar-pelajar ke Universiti Awam di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar ini hadir daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat