November 03, 2025
Dungu seorang menteri
Tiada kata lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan sikap yang ditampilkan oleh seorang menteri dalam insiden baru-baru ini selain daripada kedunguan dalam berurusan dengan media. Insiden tersebut yang berlaku baru-baru ini dalam suatu acara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 itu asalnya datang daripada soalan wartawan yang mempertanyakan mengenai tema bagi acara tersebut yang digunakan dalam bahasa inggeris, bukannya bahasa melayu, lalu dibalasnya dengan respon yang tidak memuaskan dan mempersoalkan kredibiliti wartawan tersebut disamping ugut mahu menghubungi ketua pengarang serta acah-acah berlagak samseng dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak matang daripada seseorang yang bergelar pemimpin.
Respon yang diberikan oleh menteri tersebut tidak menunjukkan satu sikap profesionalisma yang sebetulnya perlu beliau tonjolkan kepada media setiap kali mengadakan sidang media. Adakah beliau tidak menyedari bahawa sebarang tindakan yang dilihat mengancam wartawan boleh dianggap sebagai menyerang kebebasan media. Mengapa beliau tidak mempelajari kemahiran perhubungan awam (PR) yang seharusnya perlu diambil oleh setiap ahli politik termasuk individu terbabit sejak awal lagi. Lebih membimbangkan lagi, tindakan seumpama itu menunjukkan kelemahan mendasar orang kenamaan itu dalam pemahaman tentang peranan media.
Media memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan bernegara. Mereka yang menyebarkan informasi dan juga membentuk persepsi masyarakat terhadap kerajaan. Seharusnya beliau perlulah memberi layanan yang baik terhadap media, bukannya dengan mengugut wartawan tersebut. Wartawan tersebut tidak bersalah, beliau hanya menjalankan tugas beliau seperti mana yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara, iaitu perlembagaan. Adakah menteri tersebut memang tidak tahu menahu bahawa media itu dilindungi oleh undang-undang atau sebaliknya. Respon beliau tersebut mencerminkan kelemahan daya fikir dan ketidakmatangan beliau dalam berkomunikasi awam dengan media.
Sudahlah beliau ada sejarah yang kurang menyenangkan dengan penduduk di negara ini melalui beberapa kenyataannya yang kontroversi dan dilihat boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat yang hidup aman harmoni dan berbilang kaum di Malaysia. Apa sahaja kebijakan-kebijakan yang dilakukan oleh kementerian beliau dalam mensejahterakan kehidupan penduduk di negara ini? Rasanya tidak ada melainkan kenyataan kontroversinya itu.
Apa yang dipersoalkan oleh wartawan tersebut ada rasionalnya. Mengapa tema projek tersebut perlu digunakan dalam bahasa asing seperti Inggeris bukannya bahasa Melayu? Bahasa Melayu itukan bahasa kebangsaan sebagai termaktubnya dalam perlembagaan. Seharusnya beliau perlu peka dengan isu ini kerana ianya merupakan isu yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat. Jikalau beliau memberikan alasan tema tersebut untuk menarik perhatian pelancong asing, mengapa negara lain seperti China, Iran, Korea Selatan, Jepun bahkan jiran terdekat kita, Indonesia mengoptimumkan penggunaan bahasa kebangsaan masing-masing dalam setiap kebijakan atau polisi mereka? Fikir-fikirkanlah.
Meskipun menteri terbabit sudah ‘minta maaf’ atas keterlanjurannya tersebut, namun sikap yang ditonjolkan oleh menteri terbabit tidak seharusnya kita perlu contohi bersama. Tika mana negara ini berada di landasan yang betul dalam memperkuatkan kembali ekonominya disamping memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media, namun bila adanya segelintir pejabat atau orang kenamaan seperti ini yang mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dan tidak matang, itu hanya akan menyebabkan imej atau kredibiliti yang dibina oleh kerajaan merosot di mata rakyat yang secara langsung menyebabkan kemungkinan Menteri ini menjadi liabiliti kepada pihak kerajaan jika masih diteruskan lagi perkhidmatannya.
Menteri boleh silih berganti, tetapi yang menentukan maruah kerajaan ialah kebijaksanaan mereka dalam menguruskan kata-kata sendiri. Mereka perlu sedar bahawa kini mereka hidup dalam era rakyat semakin cilik media, satu perbuatan bodoh boleh mencemarkan seribu kebaikan.
Hari ini, kita bersama-sama menyambut dan meraikan keindahan alam semesta yang kita huni. Pada Hari Bumi tahun ini, marilah kita menghargai keindahan alam yang memberi kita perlindungan, sumber makanan, udara bersih, dan keindahan yang tiada tandingannya.
Tahun lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari New York bernama Zohran Mamdani mengumumkan pencalonannya sebagai calon Datuk Bandar di salah satu kota paling terkenal di dunia. Namun, ketika itu, ramai memandang rendah terhadap pencalonannya sehingga ada yang menganggapnya tidak mampu menang.
Pada April 2025, Amerika Syarikat telah mengumumkan pengenalan tarif baharu yang dinamakan sebagai “Liberation Day Tariffs”, dengan kadar asas sebanyak 10% dikenakan ke atas hampir semua negara, dan khususnya 24% terhadap produk Malaysia.
PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA melalui ujian khas bacaan Al-Fatihah dan Fardhu Ain. Inisiatif ini adalah langkah yang amat bertepatan bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerl
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman gencatan senjata terkini di Gaza, yang memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Palestin yang sekian lama menderita akibat konflik yang berpanjangan. Namun, PKPIM ingin menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah