Sistem Pengurusan Organisasi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Kembali
Image Description

Revolusi Iran 1979: Ketika Rakyat Bangkit Menjatuhkan Raja

Nur muhammad na... | PKPIM PERLIS

July 09, 2025

Revolusi Iran yang meletus pada tahun 1979 bukan sekadar satu peristiwa politik biasa, ia merupakan antara kebangkitan rakyat paling besar dalam sejarah abad ke-20. Wartawan senior, Zin Mahmud atau lebih mesra dipanggil Pak Zin pernah menyebut bahawa revolusi ini adalah antara tiga revolusi rakyat terpenting dunia moden, selain Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia.

 

Tapi yang menarik tentang Revolusi Iran ialah, ia bukan sekadar menggulingkan raja. Ia adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi yang bukan sahaja disokong oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tetapi turut dikenang sebagai diktator yang memerintah dengan tangan besi.

 

Walaupun Shah pernah memperkenalkan Revolusi Putih pada tahun 1963 untuk memodenkan Iran seperti membina jalan, sekolah, hospital dan sebagainya namun banyak dasar yang diperkenalkan itu dilihat menggugat nilai tradisional, keagamaan, dan budaya masyarakat Iran. Bagi golongan agamawan khususnya, Shah dianggap terlalu tunduk kepada agenda Barat dan terlalu rakus mengejar kemajuan tanpa asas moral.

 

Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah kewujudan polis rahsia SAVAK, yang seringkali dikaitkan dengan penahanan tanpa bicara, penyeksaan, dan pemantauan rakyat sendiri. Tidak hairanlah mengapa ramai yang menyamakan Iran ketika itu sebagai negara polis.

 

Sebenarnya, tanda-tanda keruntuhan sistem monarki ini sudah mula kelihatan lebih awal. Pada tahun 1906, Iran telah pun menggubal sebuah perlembagaan yang mengehadkan kuasa mutlak raja. Namun, perlembagaan ini sering dicabuli lebih-lebih lagi apabila kuasa asing seperti British dan Amerika turut campur tangan untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka, khususnya dalam sektor minyak.

 

Kemuncak ketegangan berlaku apabila Perdana Menteri demokratik, Mohammad Mosaddegh, menasionalisasikan industri minyak pada tahun 1951. Keputusan ini telah menyebabkan rampasan kuasa yang disokong CIA dan MI6 pada tahun 1953 lalu Mosaddegh dijatuhkan dan Shah kembali berkuasa secara mutlak. Dari saat itu, pemerintahan kuku besi semakin mengganas. Mereka yang bersuara dikurung, dibuang negeri, atau dibunuh. Salah seorang tokoh paling vokal ketika itu ialah Ayatollah Ruhollah Khomeini, yang akhirnya ditangkap dan diusir ke Najaf, Iraq.

 

Namun, buangan itu tidak memadamkan suaranya. Sebaliknya, suara Khomeini semakin bergema rakaman ceramah beliau dalam bentuk kaset diseludup masuk ke Iran dan diputarkan di masjid-masjid seluruh negara. Masjid dan pusat pengajian agama seperti hawzah menjadi tempat membina semangat perjuangan.

 

Selain Khomeini, seorang lagi tokoh penting yang tidak boleh dilupakan ialah Dr. Ali Syariati, seorang pemikir muda yang karismatik, yang membawa naratif Islam yang progresif dan revolusioner. Dalam syarahannya, beliau memperkenalkan istilah mustadhafin, iaitu golongan yang tertindas sebagai subjek utama perjuangan. Beliau menulis dan bercakap tentang Islam sebagai kuasa pembebas, bukannya pasrah. Bagi anak muda Iran ketika itu, Syariati adalah ideolog dan pemberi semangat seorang ‘Che Guevara’ dalam wajah seorang intelektual Muslim.

 

Gabungan antara kekuatan wacana keagamaan, penderitaan rakyat tertindas, dan semangat melawan yang dibina bertahun-tahun inilah yang akhirnya menjatuhkan Shah. Rakyat Iran tidak lagi takut dan ketika Shah melarikan diri keluar negara pada Januari 1979, mereka tahu, inilah saat permulaan baharu untuk tanah air mereka.

 

Yang menjadikan Revolusi Iran begitu unik ialah sifatnya yang berbeza daripada revolusi-revolusi besar lain. Jika Revolusi Perancis dipandu oleh idea liberalisme, dan Revolusi Rusia oleh Marxisme, Revolusi Iran pula dipandu oleh roh Islam sebuah perjuangan rakyat akar umbi yang mahu membebaskan diri bukan sahaja daripada kekuasaan politik, tetapi juga daripada penjajahan budaya dan spiritual.

Bacaan Lanjut !

Image Description

KENYATAAN MEDIA PELIHARA KEHARMONIAN NEGARA, PKPIM GESA PIHAK BERWAJIB AMBIL TINDAKAN SEGERA

Baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah menjemput Bruce Gilley yang merupakan Professor Universiti Portland, Amerika Serikat untuk diberikan ucaptama dalam salah satu program dan menyatakan syarahan yang bersifat *Pro-Israel* secara jelas & nyata.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENGGESA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TELITI KRISIS AIR DEMI KEBAJIKAN MAHASISWA DI KAMPUS

PKPIM mengambil cakna isu yang terkait dengan kebajikan mahasiswa. Baru-baru ini telah tular beberapa isu yang berkaitan kebajikan mahasiswa iaitu krisis air.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM BIMBANG KEADAAN TERKINI DI BANGLADESH

PKPIM sentiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku di luar negara, khususnya tentang perkembangan yang berlaku terhadap mahasiswa di Bangladesh.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

Beberapa Renungan Daripada Novel Crime and Punishment Karya Fyodor Dostoevsky

Crime & Punishment, kisah Raskolnikov yang membunuh lintah darat, lalu tersiksa rasa bersalah. Novel psikologi-falsafah Dostoevsky berkait dengan moral, kemiskinan & penebusan dosa. Beberapa renungan dapat diperoleh daripada pembacaan penulis.

Image Description
muhamad adib irfan b... | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM MENYERU MAHASISWA BERWASPADA DENGAN IDEOLOGI EKSTREMISME AGAMA

Pada 17 Mei 2024, Jumaat telah tular satu berita tragedi di Balai Polis Ulu Tiram. PKPIM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Image Description
Admin mypkpim | PKPIM Pusat
Image Description

PKPIM MENGECAM TINDAKAN CADANGAN DONALD TRUMP MEMINDAHKAN RAKYAT PALESTIN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan tegas mengecam kenyataan dan cadangan Donald Trump baru-baru ini yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan. Cadangan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah melanggar hak asasi

Image Description
MUHAMMAD DZUL AIMAN... | PKPIM Pusat